SEJARAH, Kerepek CiKGU

( Cadangan Label PERTAMA yang diterima oleh kC,
 dari  perekabentuk Husni )


Ide untuk memulakan perniagaan kerepek timbul apabila saya menghadiri 
Kursus Inovasi Dalam Perniagaan atau KIDP di Universiti Putra Malaysia(UPM), Serdang 
anjuran bersama UPM dan PNB Research Institute dan dikelolakan oleh Prof. Dr.  Rahinah Ibrahim 
pada 8-9 Januari 2019. 

( Sijil Penyertaan Felo Kanan - KIDP 2019 )



Di KIDP kebanyakkan peserta adalah pengusaha IKS yang sama ada mempunyai jenama makanan atau kecantikan tersendiri. Walaupun saya membawa jenama sendiri iaitu 
QC DiRHAM dan QC Gold DiNAR, apabila bergaul dengan tauke-tauke makanan seperti kerepek, serunding, makanan ringan dan lain-lain timbul keinginan untuk berkecimpung di dalam bidang makanan setelah menerima banyak tips/tunjukajar dari mereka. 


Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP  yang bermula Mac 2020 ini telah memberi peluang untuk saya merealisasikan ide ini. Lebih-lebih lagi kerana tidak mahu 'terperap' lama-lama di rumah serta dilanda "writer's block" tatkala menulis buku mengenai mata wang sunnah. 

BUKU TERBITAN 2020: " Mata Wang Sunnah, Mata Wang Melayu"
( Writer's Block semasa Penulisan buku Mata Wang Sunnah di atas)


Ditambah pula, mak atau Mummy saya dahulu mengusahakan perniagaan Kuih Raya seperti Kuih Tart, Conrnflakes, Makmur dan lain-lain yang kebanyakkan masa dibuatnya sendiri tanpa bantuan orang lain. Maka sedikit tempias Arwah Mummy sudah terkena kepada saya.


Pada masa yang sama, saya berhajat untuk menerima dirham perak sebagai barter untuk kerepek dan seterusnya menyambung kitaran (add to or complete the ecosystem) pengunaan dirham dan dinar yang saya perjuangkan dengan penubuhan QC DiRHAM dan QC Gold DiNAR.



Kenapa CiKGU?
Nama CiKGU pula adalah gelaran atau nickname yang diberikan oleh batchmate saya 
sekitar 1983-87 di sekolah asrama dulu di Sg. Besi, Kuala Lumpur. 
Gelaran ini muncul apabila guru sejarah dalam kelas Beta memerli saya di dalam kelas sambil berkata lebih kurang begini,
" .....KALAU kamu ingat kalau kamu dah cukup pandai, boleh ke depan dan ambil tempat saya!"


Saya pun mara ke hadapan tanpa berfikir panjang untuk kononnya mengajar kelas sejarah dan nickname tersebut melekat hingga ke sekarang.


" Maka, lahirlah Kerepek CiKGU pada April 2020,
di kala Seluruh Dunia sedang Duduk di Rumah. "




( Logo yang digunakan Kerepek Cikgu KINI )




Kemaskini: 5 Julai 2020
(Kulit Buku Mata Wang Sunnah)

Comments